MUZIUM 3D ART TRICK GALLERY DAN RUMAH HANTU DI PORT DICKSON

Assalamualaikum dan selamat datang kepada semua pembaca blog fidah. Dah makan?? Kalau belum boleh makan sambil santai-santai baca blog fidah ni.

Harini Fidah nak share satu kisah perjalanan dimana Fidah bersama dengan kawan fidah sendiri nama dia Ida, bercuti di Port Dickson selama 1 Hari je. Tapi walaupun 1 hari, terasa best sangat-sangat dan seronok sangat-sangat.

Lepas balik dari Port Dickson haritu penat sangat-sangat sebab 1 hari suntuk drive dari pagi sampai ke malam. Ahad pulak dekat 1 hari baring dan tido lepas siapkan semua kerja-kerja rumah.
Harini baru ada kesempatan untuk menulis kisah perjalanan fidah dari Petaling Jaya singgah di Senawang Negeri Sembilan dan ke Port Dickson.

Sebenarnya Fidah memang dah lama sangat-sangat tak jumpa kawan fidah ni, almaklumlah lepas habis sekolah masing-masing buat haluan masing. Kemudian pada satu hari tiba-tiba plan nak jumpa dan tak tau nak kemana pada mulanya. Buat search di Google kemudian terjumpa Muzium Art 3D, Rumah Hantu, Upside Down House dan 5D Movie.

Bermula lah kisah perjalanan Fidah dari Petaling Jaya Jam 7.30 pagi fidah dah bertolak dari rumah menuju ke senawang untuk ambil kawan fidah. Sampai sana dalam jam 9 pagi dan terus breakfast nasi Goreng ala mak-mak di Senawang. Lebih kurang jam 9.45 pagi.  Dari senawang terus masuk ke Port Dickson melalui Lukut.

Tempat pertama yang fidah singgah adalah di Lukut 3D Art Trick Muzium. Nak tau tak, Fidah dan kawan Fidah adalah orang pertama yang masuk. Masa tu dalam 10.30 pagi macam tu. Harga Tiket untuk Dewasa RM 20.00 seorang dan kanak-kanak dalam belas-belas ringgit fidah tak sure berapa sebab terlalu excited nak masuk. Masuk pula kena bukak kasut ye. 

Bayaran untuk simpan kasut dalam locker adalah RM 2.00 sahaja. Boleh share 1 locker ramai-ramai sebab selipar tak makan space sangat.


Antara Gambar yang kitorang ambil semasa berada di 3D Art Trick Muzium.

































































Hampir jam 12 tengah hari baru kitorang keluar. Keluar-keluar je penuh orang beratur nak masuk. Nasib baik kitorang dating awal. So kepada siapa-siapa yang nak pergi tu sila datang awal ye.

Sebaris dengan 3D Art Muzium tu ada satu lagi tempat yang menarik iaitu 5D & 7D Movie. Tetapi hanya 5D yang available. 7D belum lagi dibuka untuk umum.

 Kami masuk dengan bayaran RM 15.00 seorang sekali lagi fidah tak sure berapa harga untuk kanak-kanak sebab excited nak masuk.

Kami tunggu dalam 10 minit macam tu, giliran kami pun sampai. Oh ya disana ada 3 Jenis movie yang kita boleh pilih, Pertama Roller Coster, Kedua Safari, Ketiga Ghost. Tapi yang paling banyak dapat sambutan ialah Roller Coster. Didalam tu tidak banyak kerusi, hanya boleh muat untuk beberapa orang sahaja dalam satu-satu masa tertentu. 

 Yang best nya masa fidah punya turn, dalam bilik tu hanya kami berdua sahaja!!!..

Kami ambil seat belakang untuk merasai 5D yang sebenar.. cewah. Haha. Tapi memang best sangat-sangat sebab efect dia siap kerusi tu bergoyang-goyang dan siap ada sembururan air di muka. Tapi memang fun sangat-sangat lah. 

Sebenarnya kat KL ni banyak je 5D movie tu tapi sebab tak ada kawan nak pergi jadi pergilah yang kat PD punya. Hehe. Kalau kat KL ni boleh pergi di Sunway Lagoon, I-City Shah Alam dan Mid Valley pun ada rasanya kalau tak silap.



Lepas habis semua bergambar kami meneruskan perjalanan ke Port Dickson untuk mandi-manda di pantai kerana pada mulanya itu lah plan kami yang asal.


Dalam perjalanan nak sampai Blue Lagoon sebelah Tanjung Tuan tu kami ternampak satu banner dia tulis Manggo Shake, apa lagi kami pusing lah dan beli manggo shake tu, Sangat-sangat berbaloi dan sangat-sangat sedap. Rasa mangga yang pekat serta ice cream vanilla yang cair didalam mulut. Waallah. 




Berhampiran dengan kedai sebelah Manggo Shake tu ada kedai makan tengah hari. Kami pun tapau lah makan tengah hari . Nama kedai tu Asam Pedas. Fidah tapau nasi, asam pedas ikan jenahak, sambal udang, sayur kobis, Kawan Fidah pulak , ikan pari panggang, hati ayam goreng, sambal belacan, ulam-ulam, dan sambal udang . Serta 1 botol besar air mineral, Semua sekali RM 22.00. Harga yang berpatutan.  


Sampai sahaja di Blue Lagoon kami cari surau tak jumpa nak solat zuhur, jadi kami patah balik dalam 100 meter jumpa satu surau.  Solat dan tukar baju mandi siap-siap. Sampai ke blue lagoon kami cari port dan makan dengan sepuas-puasnya sambil ditemani tiupan angin pantai dan bunyi ombak yang tenang dan mengasyikkan… cewah.


Lepas makan kami pun mandi-manda di pantai tak lama dalam 45 minit je mandi sebab lepas tu kami ada acara lain pulak.

Lepas mandi siap-siap, kami bergerak jalan balik dan singgah di satu tempat namanya Rumah Hantu. Alang-alang dah sampai kami masuk lah, dengan bayaran RM 20.00 seorang.  Kanak-kanak dalam RM 15.00 rasanya.

Tak berapa nak seram tetapi terperanjat tu adalah juga hehe, Yang paling seram bila kena duduk sebelah pocong tu.

Antara gambar yang sempat kami ambil.





































Penat sangat dah rasanya waktu ni, plan lepas ni nak ke Upside Down House tetapi  sebab terlalu letih, kami tak jadi singgah dan plan semula bila nak pergi kesana lagi. Haha.

Petang yang indah, kami singgah di Batu 4, sambik nikmati coconut Shake dan lepak 10 minit di tepi pantai.

Kemudian hari sudah menunjukkan jam 6 petang kami pun bertolak balik ke senawang. Sampai di rumah kawan fidah, rehat sekejap dan dalam 9.30 malam fidah bertolak balik ke Petaling Jaya. Satu hari yang penuh dengan aktiviti dan satu hari yang penuh dengan keseronokkan. 

Terima kasih atas nikmat dan peluang yang diberikan.

Sampai  Jumpa lagi pada Next Episode. 

Kali ni fidah plan nak ke Kedah, tengok sawah padi, tapi kali ni mungkin dengan Intan pula.

Assalamualaikum..

Till Then.

Fidah.





Comments